Carian
Lenovo ThinkBook 13x Gen 2, 14 Dan 16 Gen 4+ i Menyokong Pengecasan Nirwayar Dan GPU RTX 2050
January 6, 2022 Effi Saharudin

Tidak ketinggalan diberikan kemas kini pagi ini ialah siri Lenovo ThinkBook. Lenovo ThinkBook 13x Gen 2 mungkin yang paling menarik diantara tiga model yang diumumkan kerana hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar 65W menerusi ThinkBook Wireless Multi-Device Charging Mat. Selain mengecas komputer riba, pengecas ini turut boleh mengecas peranti lain yang menyokong format Qi sehingga 10W.

Komputer riba ini Lenovo 13x Gen 2 dilengkapi skrin 13.3″ WQXGA Dolby Vision, cip Intel Core Gen-12, memori 32GB LPDDR5, storan 2TB SSD, bateri 56Wh, kamera FHD IR dan audio Harman Kardon yang menyokong Dolby Atmos. Terdapat juga pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Pilihan I/O adalah terhad kerana hanya 2x Thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm. Sokongan WiFi 6e turut diberikan tetapi tiada slot untuk SIM selular. Berat komputer riba ini ini pula adalah 1.21kg.

Komputer riba ini Lenovo 14 Gen 4+i dilengkapi skrin 14″ 2.8K 90Hz, cip Intel Core Gen-12, GPU NVIDIA GeForce RTX 2050, memori 32GB LPDDR5, storan 2TB SSD, bateri sehingga 62Wh, kamera FHD IR dan audio Harman Kardon yang menyokong Dolby Atmos. Terdapat juga pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Pilihan I/O adalah terhad kerana hanya 2x Thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm. Sokongan WiFi 6e turut diberikan tetapi tiada slot untuk SIM selular. Berat komputer riba ini ini pula adalah 1.43kg.

Akhir sekali Lenovo 16 Gen 4+ i pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma dengan skrin 16″ 2.5K 120Hz, bateri sehingga 71Wh dan seberat 1.82kg.

Harga jualan komputer-komputer riba ini adalah seperti di bawah bermula April 2022.

  • ThinkBook 13x Gen 2 dijual bermula April 2022 – bermula $1099 (~RM4629).
  • ThinkBook Wireless Multi-device Charging Mat – $199.99 (~RM842).
  • ThinkBook 14 Gen 4+ i  – bermula $839 (~RM3534).
  • ThinkBook 16 Gen 4+ i  – bermula $859 (~RM3618).
Komen