Cari @ Amanz

Apple telah sedia menawarkan AirTag secara rasmi di Malaysia sejak tahun lepas, selain mana pengedar rasmi Apple turut menawarkannya dalam berkas sebanyak 4 unit pada harga RM419. Kini, ia berubah, dan membolehkan pengguna melakukan tempahan pek 4 unit AirTag melalui laman rasmi Apple Malaysia.

Ia sekaligus membolehkan pengguna berjimat berbanding membeli setiap satu pada harga RM129.

Sebelum ini, Apple tidak menyenaraikan berkas dengan 4 unit ini melalui laman rasmi, sebaliknya perlu didapati melalui pengedar seperti Switch dan Machines. Namun, kini pengguna turut boleh melakukan tempahan terus, dan turut memilih untuk menambah ukiran abjad atau emoji terus padanya tanpa sebarang kos.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd