Carian
Apple Malaysia Menawarkan AirPods Percuma Kepada Pelajar Yang Membeli iPad Dan Mac
January 6, 2022 Effi Saharudin

Siapa tak suka barang percuma? Apple hari ini mengumumkan pelajar yang membeli komputer Mac dan iPad terpilih akan menerima AirPods secara percuma. Tawaran ini dibuka bermula hari ini sehingga 7 Mac hadapan untuk pelajar universiti, guru dan pekerja kolej.

Promosi ini adalah tambahan kepada diskaun yang sedia diberikan kepada pelajar melalui Apple Edu Store. Para pelajar hanya perlu membuat pengesahan terlebih dahulu melalui penggunaan UNiDAYS, sebelum dapat menikmati diskaun pelajar, serta mendapatkan promosi AirPods percuma ini.

Selain itu potongan 20% untuk pelan AppleCare juga ditawarkan kepada pembeli yang layak. Bagi pelajar yang yang inginkan langganan Apple Music dan Apple TV+ pula, ia ditawarkan pada harga lebih murah RM6.90 sebulan. Sila ke laman Apple Education bagi melihat model komputer Mac dan iPad yang menawarkan AirPods percuma. Seperti biasa, jangan lupa semak terma dan syarat untuk promosi ini.

Komen