KKM Mengesahkan Pemberian Vaksin Comirnaty Kepada Kanak-Kanak Berumur 5-11 Tahun

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa kanak-kanak berumur 5 ke 11 tahun akan boleh mula divaksinasi untuk mencegah jangkitan virus COVID-19 tidak lama lagi.

Melalui kenyataan tersebut, ia telah disahkan bahawa kanak-kanak pada umur tersebut akan diberikan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, yang kini merupakan salah satu daripada vaksin utama yang diberikan kepada orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas.

Dos vaksin Comirnaty yang akan diberikan kepada kanak-kanak ini merupakan dos Comirnaty 10mcg yang adalah dos lebih lemah berbanding apa yang ditawarkan kepada remaja berumur 12 tahun keatas.

Kerajaan juga akan menggunakan vaksin Comirnaty Tris/Sucrose 30mcg untuk kanak-kanak berumur 12 tahun keatas, yang merupakan formulasi baharu. Dengan vaksin Comirnaty Tris/Sucrose ini, ia mempunyai jangka-hayat sehingga 10 minggu apabila dinyahbeku dan disimpan pada suhu 2-8 darjah Celcius. Ia juga tidak perlu dicairkan, dan boleh disuntik terus kedalam individu.

Pihak KKM juga telah memberi kebenaran bersyarat untuk memberikan vaksinasi tambahan untuk penerima vaksin Convidecia bagi mereka yang sudahpun menerima suntikan pertama vaksin tersebut. Sela masa untuk dos kedua vaksin ini ditetapkan pada 3-6 bulan selepas sesi vaksinasi pertama.

komen


© Amanz / 2022 Kami