Syed Saddiq Akan Lelong NFT Dalam Usaha Mengumpulkan Dana

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syed Saddiq kini turut menyertai arena NFT, dan mengumumkan akan melelong beberapa karya digital secara NFT dalam mengumpulkan dana untuk mangsa banjir, melalui platform NFT4HOPE.

Melalui pengumuman bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan, beliau ingin mengumpulkan dana untuk mangsa banjir terlebih dahulu melalui NFT4HOPE.

Pada masa yang sama, semakan di laman NFT4HOPE turut memperlihatkan Syed Saddiq akan menggunakan platform berkenaan untuk menawarkan koleksi Muar Sejiwa – dimana dananya akan digunakan untuk tujuan perbelanjaan Parlimen Muar – dari segi kemudahan pembelajaran, bantuan makanan dan sebagainya. Kriptowang Ethereum digunakan untuk tujuan jual-beli.

Laman NFT4HOPE juga turut menyenaraikan Shafie Apdal akan bakal hadir dengan koleksi NFT tersendiri, selain seorang model, Deborah Priya Henry.

Selain platform NFT4HOPE, anda juga turut boleh melihat koleksi yang ditawarkan Syed Saddiq ini melalui OpenSea.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami