Carian
Twitter Mula Menguji Ciri Reaksi Video Untuk Tweet Bagi Pengguna iOS
January 7, 2022 Aman

TikTok telah pun mempopularkan ciri yang membolehkan pengguna untuk membalas sesuatu komen dengan video. Sejak daripada itu, beberapa perkhidmatan telah menyertakan ciri lebih kurang sama, dan kini Twitter turut telah memulakan ujian yang sama.

Melalui pengumuman Twitter, kini mereka telah memperkenalkan ciri reaksi video untuk pengguna Twitter di IOS.

Menggunakannya, pengguna boleh memberikan reaksi kepada sesuatu Tweet dalam bentuk video, sekaligus memudahkan penyampaian sesuatu perkara.

Untuk pengguna iOS, ciri ini pada peringkat ujian. Anda boeh tekan pada butang “Retweet”, dan seterusnya memilih “Quote Tweet with Reaction” – seterusnya merakamkan video balasan atau reaksi untuk Tweet berkenaan.

Komen