Harga Jualan Honor Magic V Tertiris – Lebih Mahal Berbanding Samsung Galaxy Fold3

Diterbitkan pada Jan 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Magic V akan memulakan era peranti skrin boleh-lipat Honor tahun. Dengan pelancaran rasmi akan berlak dalam masa beberapa hari sahaja lagi, kini harga jualan peranti ini telah tertiris ke arena web menerusi Weibo. Nampaknya harga jualan Magic V akan bermula dari RMB 13999 (~RM9237) dan meningkat ke RMB 14999 (~RM9897) apabila dipasarkan di China kelak.

Ini membuatkannya lebih mahal berbanding harga jualan Samsung Galaxy Fold3 yang bermula dari RM6699 di Malaysia. Sekiranya maklumat yang tertiris ini benar, mungkin sedikit sukar untuk orang kebanyakan untuk memiliki Magic V. Seperti yang dapat kita lihat tahun lalu, Oppo dan Xiaomi masing-masing menawarkan peranti skrin boleh-lipat mereka pada harga yang lebih rendah.

Selepas bergerak sendiri tidak lagi di bawah Huawei, Honor tidak lagi menjadi syarikat yang menghasilkan peranti mampu milik dan mengubah strategi ke peranti premium. Adakah strategi ini akan berjaya? Hanya masa dan pengguna akan menentukannya.

Sumber GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami