Cari @ Amanz

Sistem pengimbas cap jari bawah skrin memang memudahkan proses menyahkunci peranti tetapi malang sekali saiz kawasan imbasan yang digunakan sekarang adalah kecil. Akibatnya kadang kala proses menyahkunci perlu dilakukan beberapa kali kerana gagal dikesan pada percubaan pertama. Pada peranti Xiaomi kelak ini mungkin tidak akan lagi menjadi isu jika paten yang difailkan menjadi realiti.

Paten difailkan oleh Xiaomi pada Ogos 2020 tetapi hanya sekarang dokumennya diterbitkan. Xiaomi menggunakan sistem lampu infra merah di bawah lapisan OLED peranti untuk menjayakan sistem ini. Apabila mengesan jari pada skrin, lampu infra merah di kawasan sentuhan akan menyala untuk membaca kontur cap jari. Imej yang dipantulkan akan ditangkap oleh penerima imej infra merah yang juga berada di bawah skrin.

Kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan secara komersial dalam masa terdekat. Huawei, Samsung, Apple, TCL dan Tianma kesemuanya sudah mempatenkan sistem yang sama sejak2017 tetapi sehingga kini peranti mereka menyokong pengimbasan keseluruhan skrin.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd