Apple sedia dijangka memperkenalkan iPhone SE baharu pada tahun ini, dimana salah satu ciri utamanya dijangka akan menyertakan sokongan rangkaian 5G.
Mengikut spekulasi awal sebelum ini, iPhone SE tahun ini dijangka akan menerima kemaskini rekaan. Namun, mengikut desas-desus awal, perkara berkenaan dijangka tidak berlaku.
Ia dikatakan iPhone SE 5G akan mengekalkan rekaan iPhone 8 seperti generasi sebelum ini. Apple dijangka akan menggunakan rekaan seumpama iPhonee XR atau iPhone 11 pada siri iPhone SE menjelang 2024 kelak.
Selain rekaan sama, ia dijangka menawarkan penaik-tarafan spesifikasi, selain sokongan rangkaian 5G. Dengan perkongsian ini, kita munngkin akan melihat rekaan dan penawaran saiz yag sama seperti iPhone SE sebelum ini pada iPhone SE 5G tahun ini.
Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan iPhone SE baharu oleh Apple dalam beberapa bulan lagi.