Samsung Malaysia Membuka Tempahan Untuk Peti Sejuk BESPOKE – Harga Bermula RM4599

Diterbitkan pada Jan 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dari segi tahap kemewahan, ‘bespoke’ ialah tahap paling premium kerana barangan yang dihasilkan adalah mengikut kehendak serta spesifikasi pemilik. Setiap produk adalah unik. Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tempahan untuk peti sejuk Samsung BESPOKE kini dibuka di Malaysia sehingga 31 Januari 2022.

Peti sejuk ini boleh diubahsuai mengikut keperluan pelanggan. Mereka bebas memilih jumlah pintu, posisi kebuk penyejuk, jumlah tempat simpanan dan juga warna. Di Malaysia harga jualan BESPOKE bermula dari RM4599 untuk model satu pintu Flex dan meningkat ke RM4699 untuk model dengan kebuk penyejuk di bahagian bawah.

Harga yang disenaraikan ini ialah harga sementara dalam tempoh promosi. Selain itu pelanggan kemudian boleh memilih warna Glam White, Glam Pink, dan Glam Navy untuk peti sejuk yang dipesan. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke laman Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami