Seperti ramai sedia maklum, AppGallery merupakan kedai aplikasi ketiga terbesar yang digunakan ramai pengguna tempatan, selepas Google Play Store dan juga Apple App Store. Ini membuatkan beberapa aplikasi baru ditambah dan diterbitkan pada platform berkenaan.
Terbaru, Maybank mengumumkan pengguna peranti Huawei sudah boleh memuat-turun aplikasi MAE melalui Huawei AppGallery.

Dengan MAE, pengguna boleh melakukan pelbagai ciri perbankan seperti pada Maybank2U, tetapi dengan penambahan ciri seperti memohon kad debit, pengurusan kewangan, tabung simpanan dan sebagainya.
Bagi pengguna Huawei, anda boleh memuat-turun MAE melalui Huawei AppGallery.