Spesifikasi Honor Magic V Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Jan 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 10 Januari ini. Melaluinya, Honor Magic V bakal diumumkan dan ia merupakan peranti dengan skrin boleh-lipat pertama oleh mereka. Rekaannya telah diperlihatkan dalam beberapa imej dan video promosi tular. Sekaligus, mengesahkannya hadir dengan rekaan seumpama Galaxy Z Fold3.

Tidak ketinggalan, peranti juga dipercayai hadir dalam tiga kemasan warna – iaitu Jingga, hitam dan putih. Apa yang menariknya di sini, kemasan berwarna jingga dikatakan hadir dengan bahan berasaskan kulit. Sementara itu, model dengan kemasan berwarna putih dan hitam pula akan menggunakan binaan berasaskan kaca.

Seterusnya, spesifikasi peranti juga didapati telah tertiris sepenuhnya. Peranti bakal hadir dengan skrin sekunder sebesar 6.45-inci OLED dan kadar segar semula 120Hz. Sementara itu, skrin utama pula sebesar 7.9-inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain itu, antaramuka MagicUI 6 berasaskan Android 12 turut akan menjadi pilihan Honor kelak.

Tidak habis di situ, peranti juga mungkin dilengkapi sistem tri-kamera dengan sensor 50MP, di samping bateri sebesar 4,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Buat masa ini, maklumat ini boleh dikatakan masih berada di peringkat desas-desus awal dan dan belum dapat disahkan sepenuhnya. Nantikan pelancaran rasmi kelak untuk lebih lanjut.

Sumber : Twitter

komen


© Amanz / 2022 Kami