Mozilla sedia menerima sumbangan melalui kriptowang, namun, pada minggu lepas, apabila mereka mempromosikan penerimaan sumbangan berkenaan sekali lagi, ia menerima reaksi dan maklumbalas yang berbeza daripada komuniti – termasuk bekas pengasas Mozilla.
Selari dengannya, kini Mozilla mengatakan mereka akan menghentikan penerimaan sumbangan dalam bentuk kriptowang. Mozilla mengatakan pelbagai perkara telah berubah sejak mereka mula menerima sumbangan kriptowang beberapa tahun lepas.
Bermula hari ini, Mozilla akan menyemak kembali bagaimana polisi sedia ada menepati sasaran perubahan iklim. Mozilla akan terbuka dan berkongsi berkenaan proses ini kepada orang ramai dari hari ke hari.