Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.
Untuk makluman, program ini adalah kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 3.0 sebelum. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Dibawah Program SAVE 3.0, ia dibahagikan kepada dua kategori rebat.
Kategori pertama membabitkan peti sejuk dan penyaman udara, sementara kategori kedua meliputi televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, dan juga periuk nasi.
Kategori pertama menawarkan rebat RM200, sementara kategori kedua menawarkan rebat antara RM50/RM100 atau RM200 berdasarkan produk elektrik.

Untuk mendapatkan rebat ini, pengguna boleh memohonnya melalui Shopee, Lazada, PG Mall, mahupun daripada peruncit terpilih secara fizikal. Untuk memohonnya, anda perlulah warganegara Malaysia, dan tinggal di premis yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti TNB. Penerima SAVE 2.0 juga tidak layak untuk memohon SAVE 3.0 bagi kategori 1.

Program SAVE 3.0 ini berlangsung sehingga penghujung tahun 2022 ini. Semak laman SEDA untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya.
- Info
- Layari : SEDA SAVE 3.0
- Info
- Rebat : Lazada SAVE 3.0
- Info
- Rebat : Shopee SAVE 3.0