Carian
Fitbit : Secara Purata Pengguna Tidur Selama 6.5 Jam Pada 2021
January 8, 2022 Aman

Fitbit merupakan anak syarikat Google, yang menawarkan peranti memfokuskan kecergasan. Menggunakannya, pengguna boleh memantau sejumlah data, termasuk corak tidur pengguna.

Terbaru, mengikut data yang dihimpunkan secara awanama, Fitbit mengatakan secara purata pengguna tidur selama 6.5 jam sepanjang tahun 2021 lepas.

Daripadanya, ramai yang masuk tidur pukul 11.18 malam, dan bangun pada pukul 7.03 pagi.

Dari segi tempoh tidur yang lama, Finland mencatatkan tangga pertama, diikuti oleh Ireland, Belgium, Nethrlands dan juga New Zealand.

Komen