Carian
PayPal Sedang Membangunkan “PayPal Coin”
January 8, 2022 Aman

PayPal merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran yang popular. Dengan perkembangan arena kriptowang, kini PayPal mengesahkan mereka sedang membangunkan PayPal Coin tersendiri.

PayPal Coin akan dibangunkan dalam bentuk “stablecoin”, dimana nilainya disandarkan kepada matawang sedia ada atau sesuatu komoditi.

Kod awal pembangunannya telah mula kelihatan, dan kini disahkan oleh pihak PayPal kepada Bloomberg.

Pada hari ini, PayPal menyediakan kebolehan membeli dan menyimpan kriptowang melalui aplikasi mereka, selain turut membayar menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran rasmi PayPal Coin ini.

Komen