Kriptowang merupakan salah satu perkataan yang sering kita dengar pada 2021. Dengan popularitinya, aktiviti jenayah penipuan melibatkan kriptowang juga turut meningkat dari hari ke hari.
Mengikut data firma Chainalysis, sepanjang 2021 yang lepas, jenayah penipuan kriptowang telah membawa kerugian berjumlah $14 bilion, atau RM58.93 bilion mengikut kadar tukaran semasa.
Aktiviti paling tinggi yang membawa kepada kerugian adalah melibatkan scam, diikuti oleh pencurian dan pengodaman.
Perkembangan DeFi turut membawa kepada peningkatan penipuan dan pengodaman. Selain beberapa projek yang berbentuk menipu dan menarik jutaan ringgi daripada pengguna, beberapa projek DeFi juga menggunakan kod yang mempunyai kerentanan dan memudahkan protokol mereka digodam.