Rangkaian 5G telah pun diperkenalkan, dan inovasi terhadap teknologi berkenaan turut berlaku dari hari ke hari. Terbaru, Samsung berjaya mencatatkan kadar muat-turun mencapai 8.08Gbps pada rangkaian 5G.
Ini memperlihatkan peningkatan berbanding kelajuan 5.23Gbps yang dicatakan pada Mei 2021 – sekali lagi oleh Samsung.
Ujian dilakukan pada persekitaran makmal, dan menggunakan modem Snapdragon X65 Modem-RF System, selain penggunaan radio mmWave 5G Compact Macro dan juga Massive MIMO.
Kelajuan 8.08Gbps ini berjaya dicatatkan melalui penggunaan teknologi NR-DC (New Radio Dual Connectivity) yang mengabungkan penggunaan spekstrum 5G berama mmWave.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya dalam rangkaian 5G – selari dengan pengenalan rangkaian berkenaan untuk pengguna tempatan.