Apple iPhone SE 5G Dijangka Diumumkan Pada Mac Atau April 2022

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia diperkatakan bakal memperkenalkan iPhone SE generasi baharu pada tahun ini. Mengikut perkongsian Bloomberg terbaru, Apple dijangka mengadakan acara secara atas-talian pertama mereka menjelang Mac atau April 2022 ini.

Apple iPhone SE 5G baharu dijangka menawarkan rekaan seperti iPhone SE sedia ada, tetapi menawarkan penaik-tarafan pada spesifikasi, termasuk sokongan rangkaian 5G.

Disamping itu, Apple turut dijangka mmemperkenalkan beberapa peranti baharu dibawah keluarga Mac. Ia tidak diketahui sama ada ia akan diumumkan pada acara sama atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami