Varian Covid Deltacron Adalah Virus Voltron Delta Dan Omicron

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saintis di Cyprus hujung minggu lalu mengumumkan penemuan varian Covid-19 terkini yang diberi nama Deltacron. Nama ini digunakan kerana ia mempunyai persamaan dengan varian Delta dan Omicron yang ditemukan penghujung tahun 2021. Menurut Profesor Leonidos Kostrikis, varian ini didapati lebih mudah menjangkiti pesakit yang sudahpun mendapatkan rawatan di hospital.

Terdapat spekulasi dari beberapa saintis bahawa Deltacron tidak wujud dan hanyalah kesilapan yang berlaku ketika melakukan ujian. Tetapi Prof Kostrikis yang merupakan pensyarah dari University of Cyprus menafikannya kerana ujian pengesanan genom dilakukan beberapa kali dengan persamaan dengan satu kes yang dilaporkan di Israel. Sekat ini 25 kes melibatkan varian Deltacron telah dikesan.

Pada waktu ini dunia berhadapan pula dengan gelombang baharu akibat Omicron. Negara seperti UK mencatatkan lebih 140,000 kes sehari. Walaupun mudah merebak, Omicron dipercayai tidak meningkatkan keperluan ke hospital dan kematian. Sungguhpun begitu ia sudahpun menyebabkan masalah kekurangan kit ujian di negara yang kini dilanda wabak serta mengakibatkan CES mengalami pengurangan pengunjung sehingga 70% tahun ini.

Sumber Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami