Lenovo Legion Y700 Akan Dilengkapi Cip Snapdragon 870 Dan Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga kini, kita telah dibanjiri dengan pelbagai variasi peranti pintar yang memfokuskan permua daripada sejumlah pengeluar termasuklah Lenovo. Melaluinya, mereka telah mengetengahkan beberapa model di bawah siri Lenovo Legion dan ia hadir dengan fungsi menarik untuk digunakan selain turut berada dalam kelas yang tersendiri.

Terbaharu, Lenovo dikatakan dalam persediaan untuk pengenalan tablet yang memfokuskan permua pula. Dikenali sebagai Legion Y700 Gaming Tablet, kewujudannya telah didengari sejak bulan Disember yang lalu. Namun kini, rekaan dan butiran mengenainya telah mula dikongsi. Ini termasuklah tablet ini kelak akan dijana dengan cip Snapdragon 870. Di samping, ia juga akan menampilkan skrin berukuran 8.8-inci LCD dengan resolusi paparan 2560 x 1600 piksel dan gamut warna DCI-P3 100%.

Sebagai tambahan, tablet juga akan menampilkan skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar persampelan sentuh 240Hz. Bukan itu sahaja, skrin juga akan mempunyai ciri yang dipanggil sebagai Mod Tontonan Ultra-Lebar. Di mana, skrin akan bertukar kepada nisbah aspek mencapai 21:9 bagi membolehkan lebih banyak kandungan skrin boleh dilihat dalam satu permainan. Antara permua yang menyokong kelak adalah seperti MOBA, Honor of Kings dan League of Legends.

Turut melengkapinya, sokongan pembesar suara JBL dengan sokongan untuk Dolby Vision dan Dolby Audio. Tidak ketinggalan, tablet juga akan mempunyai kamera utama tunggal, selain port sambungan USB-C pada bahagian bawah. Buat masa ini, belum ada sebarang tarikh pelancaran rasmi untuk tablet ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

Perkara ini dianggap menarik kerana sudah agak lama rasanya tablet untuk permua tidak dilancarkan. Kali terakhir adalah model Acer Predator 8 pada tahun 2015.

Sumber : Xda-developers

komen


© Amanz / 2022 Kami