Carian
Mencari Kereta Baharu? Ini Kereta Hibrid Terkini Daripada Toyota
January 21, 2022 Syafia Hani

Teknologi kereta hibrid bukanlah sesuatu yang baru dan ia merupakan teknologi yang berkembang pesat dalam industri automotif sekarang ini. Pelbagai jenama kereta berlumba-lumba untuk mengeluarkan kereta hibrid ini dan Toyota adalah salah satu daripadanya. Malah, mereka juga adalah jenama terawal yang berjaya komersialkan kereta hibrid ini secara meluas di seluruh dunia melalui model Toyota Prius pada tahun 1997.

Evolusi Kereta Hibrid Toyota Bermula 1997

Toyota Prius mula diperkenalkan di Jepun dengan konsep kenderaan yang menjimatkan penggunaan bahan api dengan lebih efisien bermula tahun 1997. Jadi, selain minyak petrol, kereta ini juga boleh bergerak dalam mod elektrik. Di sini lah bermulanya pengadaptasian kereta hibrid dengan teknologi terbaru dalam bidang automotif. Kemudiannya, mereka telah melancarkan pelbagai generasi bagi model ini dengan mengemaskini penawarannya dari segi reka bentuk dan juga sokongan enjinnya. Toyota turut memperkenalkan varian Prius V yang bersaiz lebih besar dan Prius C yang lebih kompak untuk memenuhi citarasa pelbagai pelanggan mereka.

Kejayaan siri Prius telah membuka peluang untuk Toyota beinovasi dengan teknologi terkini dan menawarkan teknologi hibrid pada beberapa model popular mereka seperti siri RAV4 , Camry, Highlander dan Avalon. Mereka juga dikatakan bakal menawarkan dengan siri kereta yang baharu, iaitu Toyota Corolla Cross Hybrid.

Toyota Corolla Cross versi petrol telah diperkenalkan di Malaysia pada Mac tahun lepas. Kereta segmen C ini adalah jenis crossover yang telah menggantikan Toyota C-HR dan merupakan kereta TNGA pertama yang dipasang secara tempatan(CKD) di kilang Toyota Bukit Raja. Untuk versi hibrid, ia dijana dengan enjin 2ZR-FXE 1.8 liter DOHC bersama VVT-i yang mampu mengeluarkan kuasa 98 PS pada 5,200 rpm dan 142 Nm pada 3,600 rpm. Ini digandingkan dengan motor elektrik 53kW yang memberi kuasa 72 PS bersama 163 Nm dan secara keseluruhannya mampu memberi kuasa sebanyak 122 PS. Kereta pacuan hadapan ini menggunakan kotak gear jenis e-CVT. Tetapi mengapa anda patut memiliki kereta hibrid daripada Toyota ini sebagai kereta baru anda?

1. Kenderaan Yang Terbaik Dari Kelasnya 

Siapa tidak mengenali jenama Toyota? Toyota sudah berada di industri automotif hampir 85 tahun dan sering dikenali sebagai kereta yang berkualiti dan tahan lama, tidak kira sama ada ia daripada siri Toyota Innova, Corolla atau Vios. Kereta daripada mereka juga sering menjadi pilihan untuk mereka yang berkeluarga dan inginkan keselesaan apabila menaikinya.

Selain memberi keselesaan, anda juga perlu mempertimbangkan jumlah kos penyelengaraannya. Namun jika anda memiliki kereta daripada Toyota, ia dikatakan jarang berlaku kerosakan dan ketahanan ini sedikit sebanyak membantu untuk berjimat dari segi kos penyelenggaraannya. Jadi dengan memiliki kereta daripada jenama Toyota ini, ia memberikan persepsi kereta berkelas tinggi apabila anda menaikinya.

2. Rekabentuk Yang Luas Dan Memberi Keselesaan Kepada Pengguna 

Kereta Toyota Corolla Cross Hybrid ini adalah jenis segmen C jadi memang agak besar dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Kereta Toyota terbaru ini menggunakan rekabentuk daripada Toyota New Global Architecture (TNGA) dimana motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri ini diletakkan pada bahagian bawah tempat duduk belakang bagi memberi ruang but yang seluas 440 liter, iaitu keluasan yang sama dengan varian kereta Corolla cross petrol biasa. Tempat duduk belakangnya juga boleh dilipat rata untuk meningkatkan ruang but tersebut sekaligus menjadikannya lebih fleksibel.

3. Sokongan Enjin Yang Memberi Keselesaan Kepada Pengalaman Pemanduan

Toyota mengambil kepakaran dan pengalaman yang mereka sedia ada dalam menghasilkan Hybrid Electric Vehicles (HEV) daripada seluruh dunia untuk menghasilkan bateri hibrid generasi ke-4 yang mampu untuk bertahan dalam satu tempoh masa yang lama. Ia dikatakan hadir dengan bateri dan sistem hibrid bersama waranti lapan tahun, jarak perjalanan tanpa had, dan ia boleh dilanjutkan lagi sehingga 2 tahun dengan bayaran tambahan jika anda berminat. Anda juga boleh mendapatkan waranti daripada UMW Toyota Motor bagi Inverter dan Power Management Control ECU untuk tempoh masa yang sama.

Melalui reka bentuk yang dihasilkan oleh TNGA ini, ia sedikit sebanyak dapat menjadikan pusat graviti menjadi lebih rendah dan seterusnya memberikan lebih kestabilan kepada kereta. Perkara ini seterusnya membolehkan kereta ini untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.

4. Fungsi-Fungsi Tambahan Yang Membantu Pemanduan

Kereta hibrid Corolla Cross ini juga dilengkapi dengan pelbagai jenis fungsi pemanduan yang dibina dengan teknologi terkini. Antaranya adalah:

Eco Mode – Mod ini sesuai untuk anda yang ingin menjimatkan penggunaan minyak.

Sport Mode – Mod ini dapat meningkatkan cara pengendalian dan kestabilan kereta anda untuk memberikan anda rasa pemanduan yang lebih “sporty”, seperti kadar pecutan yang lebih responsif.

EV Mode – Dengan mengaktifkan mod ini, kereta anda akan bergerak menggunakan bateri sepenuhnya. Mod ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan ketenangan ketika pemanduan kerana mod ini membuatkan kereta anda bergerak dalam keadaan senyap.

3D Panoramic View Monitor (PVM) – Sokongan kamera dengan penglihatan sehingga 360 darjah untuk membantu pemanduan anda. Fungsi ini berguna untuk mengelakkan anda daripada berlaku sebarang kemalangan.

Vehicle Telematics System (VTS) – sistem yang memantau dan berkongsi lokasi masa nyata tentang kenderaan anda melalui aplikasi mudah alih yang disediakan. Jadi, katakanlah jika kereta anda hilang, anda boleh mengesan semula keberadaan kereta anda melalui fungsi ini.

7″ Multi Information Display (MID) – memaparkan informasi berkenaan kereta anda secara ringkas. Anda juga boleh tetapkan informasi apa yang anda ingin dipaparkan mengikut kehendak anda.

5. Ciri Keselamatan Pemanduan Terbina Yang Perlu Diambil Kira

Fungsi-fungsi keselamatan yang disediakan juga perlu diambil kira bagi membantu untuk menjaga gaya pemanduan yang lebih selamat. Antara fungsi keselamatan yang siap terbina pada Toyota Corolla Cross Hybrid ini adalah :

Toyota Safety Sense (TSS) – fungsi ini dilengkapi dengan sistem pra-perlanggaran, pengesan pejalan kaki, amaran ketika hendak bertukar lorong, pancaran lampu tinggi automatik dan banyak lagi.

Blind Sport Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)– untuk mengesan keberadaan kenderaan yang ada di titik buta ketika bertukar lorong dan mengundur kereta. Dengan fungsi ini, ia membantu untuk mengurangkan risiko kemalangan yang tidak diingini.

Kesimpulan

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Toyota Corolla Cross Hybrid ini, anda sudah boleh membuat pra-tempah bagi siri ini. Ia dikatakan bakal ditawarkan dengan 5 pilihan warna, iaitu Red Mica, metallic, Nebula Blue Metallic, Platinum White Pearl, Silver Metallic dan juga warna ekslusif Celestite Grey Metallic. Waranti selama 5 tahun pada jarak perjalanan tanpa had juga turut diberikan. Ia hadir dengan beg udara, VSC, kawalan cengkaman, bantuan untuk mendaki bukit, ABS, EBD dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, cukai jualan dan servis (SST) masih lagi dikecualikan buat masa ini bagi pembelian kereta. Jadi, jangan tunggu lagi untuk membuat pembelaian kerana inilah masa terbaik untuk mendapatkan kereta baru Toyota Corolla Cross Hybrid pada harga bermula RM136,550.

Penafian : Advertorial daripada Toyota Malaysia

Komen