Carian
MSI
MSI Spatium E26 Ialah SSD PCIe 5.0 Pertama MSI Yang Dibina Dengan Kerjasama Phison
January 10, 2022 Nazrin

PCIe 5.0 baru sahaja diperkenalkan melalui siri cip pemprosesan Intel Alder Lake, dan dijangka akan hadir juga pada siri cip pemprosesan AMD Zen 4 yang akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Syarikat-syarikat pembuat storan juga dilihat telah mula memperlihatkan penawaran SSD PCie 5.0 mereka, dan MSI dilihat akan memperkenalkan SSD mereka sendiri.

Dinamakan MSI Spatium E26, SSD PCIe 5.0 ini hadir dalam rekaan kad pengembangan PCIe dan tidak menggunakan rekaan M.2 2280 yang lebih lazim diperlihatkan pada storan-storan SSD yang lain. Ia menggunakan antaramuka PCIe 5.0 x4 dan dilihat akan hadir dengan kelajuan melangkaui 10GB/s, yang mana rekaan kad tersebut menggunakan antaramuka ini sebelum ini dilihat hadir dengan kelajuan pembacaan data setinggi 16GB/s.

Nama E26 yang hadir pada SSD ini adalah daripada pengawal SSD Phison E26 yang digunakan dalam SSD ini. Penggunaan rekaan kad pengembangan ini juga dilihat cukup menarik, khususnya kerana selain untuk penggunaan komersil, ia juga boleh digunakan dalam kapasiti perindustrian, dimana komponen-komponen tambahan boleh dimuatkan ke papan litar tanpa begitu banyak masalah.

Setakat ini, ia tidak diketahui lagi bilakah MSI akan melancarkan SSD MSI Spatium E26 ini secara rasmi kepada pengguna.

Komen