Masalah bekalan cip semikonduktor dilihat terus membelenggu pelbagai industri teknologi, dan terkini, nampaknya industri pencetakan adalah yang terkini menjadi mangsa belakan cip semikonduktor mereka.
Ia dilaporkan baru-baru ini bahawa Canon Germany terpaksa memberitahu para pelanggan mereka bahawa aksesori toner pencetak untuk siri mesin pencetak Canon ImageRunner mereka, yang secara lazimnya hadir dengan cip sekuriti yang hadir dengan beberapa fungsi tambahan tidak akan dijual untuk masa terdekat ini kerana isu bekalan cip semikonduktor yang tidak mencukupi, dan dilihat membelenggu pelbagai sektor teknologi di serata dunia.

Secara teknikalnya, untuk mesin-mesin pencetal MFP (multi-function printer) seperti ini, terdapat pihak ketiga yang akan menawarkan katrij toner yang boleh dibeli dengan harga lebih mudah, tetapi ia sebelum ini dilihat tidak dinasihati untuk digunakan oleh pihak Canon kerana pelbagai sebab.
Terkini, dengan isu cip semikonduktor ini, Canon dilihat memberitahu para pelanggan mereka cara-cara untuk tidak menghiraukan amaran-amaran yang akan tiba sekiranya mereka menggunakan toner parti ketiga ini untuk membolehkan para pelanggan Canon untuk terus menggunakan mesin pencetak mereka tanpa masalah.

Walaupun begitu, Canon masih memberi amaran bahawa dengan menggunakan toner ini, mereka tidak akan dapat mengetahui tahap toner yang tinggal dan masih boleh digunakan, disamping jumlah kertas yang masih belum digunakan dalam mesin pencetak mereka. Ini adalah kerana cip pengesahan toner yang terbina didalam katrij toner digunakan untuk tujuan tersebut.
Canon juga mengatakan bahawa mereka akan mula menjual semula toner asal mereka apabila isu bekalan cip ini kembali pulih seperti sediakala.
Sumber: Tom’s Hardware