Oppo A36 Dilancarkan Dengan Snapdragon 680, Skrin 90Hz Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan peranti baharu untuk rangkaian siri A mereka di China. Melaluinya, Oppo A36 telah diumumkan dan ia merupakan peranti dengan janaan cip Snapdragon 680. Selain itu, ia juga dilengkapi persediaan dwi-kamera di belakang bersama kapasiti bateri besar 5,000mAh.

Untuk spesifikasi khusus, ia dilengkapi panel sejenis LCD bersaiz 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga menampilkan panel hadapan berlubang untuk peletakan kamera hadapan sebesar 8MP. Di samping itu, ia juga dijana dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM (LPDDR4x) , storan dalaman 256GB (UFS 2.2) dan bateri dengan pengecasan 10W.

Sistem dwi-kamera turut digunakan dengan tetapan 13MP + 2MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari isi, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Untuk harga, Oppo A36 dijual di China pada ¥1,599 (~RM1,054) untuk seunit.

Sumber : Oppo China

komen


© Amanz / 2022 Kami