Samsung Dilaporkan Mengesahkan Acara “Unpacked 2022” Pada 8 Februari
January 10, 2022
Samsung
Aman
Samsung Electronics kini dilaporkan mengesahkan kepada media Korea Selatan yang mana acara Galaxy Unpacked dijadualkan pada 8 Februari kelak.
Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S22 pada acara berkenaan. Ciri penuh yang bakal dibawakan dijangka akan dikongsikan pada acara berkenaan.
Samsung akan mengambil pra-tempahan untuknya sehari selepas pelancaran, dan dijangka dijual kepada umum bermula 24 Februari 2022 kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut dan rasmi pihak Samsung berkenaan “Unpacked” ini tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.