Oppo Pad Dikatakan Akan Dijana Dengan Snapdragon 870 Dan Skrin 11-Inci 120Hz

Diterbitkan pada Jan 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sepanjang tahun lepas, banyak kami laporkan yang Oppo akan akhirnya melancarkan tablet mereka tahun ini. Informasi tertiris mengesahkan tablet Oppo ini akan fokus kepada ekosistem dan produktiviti dengan sokongan sambungan ke laptop dan mudah digunakan bersama telefon seperti Huawei.

Informasi terkini mendakwa yang tablet pertama Oppo akan bersaiz 11-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti pula dikatakan dijana dengan Snapdragon 870, masih kekal dengan Android 11, memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah 8080mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Jelas di sini, Oppo Pad adalah tablet kelas pertengahan premium. Penawaran Oppo ini dilihat berasing dengan Xiaomi Pad 5 Pro kerana cip yang sama. Perisian setakat yang dilancarkan semasa Color OS 12 tahun lepas, tablet akan menggunakan Color OS For Pad.

Apa yang didaftarkan dalam pangkalan data 3C di China, Oppo Pad akan menggunakan nombor model – OPD2101. Bila ia akan dilancarkan, berapakah harganya dan negara mana ia boleh dibeli masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami