Cari @ Amanz

GMail untuk Android hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan angka muat-turun melangkaui 10 bilion pada Google Play Store.

GMail hadir terbina pada peranti Android, dan digunakan ramai dalam pengurusan emel. Disamping itu, ia juga turut menyertakan ciri seperti Google Meet untuk panggilan video – salah satu ciri yang meningkat popular ketika bekerja dari ruah.

Dengan catatan angka muat-turun 10 bilion ini, ia turut menyertai pencapaian beberapa aplikasi lain dengan angka muat-turun lebih kurang sama, termasuk YouTube dan juga Google Maps. Kita juga mungkin melihat sejumlah aplikasi Google lain mencapai angka lebih kurang sama dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd