Tencent merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi. Selain penawaran aplikasi permesejan WeChat, Tencent juga mempunyai sejumlah penerbit permainan video dibawah mereka, dan sedia memfokuskan kepada portfolio berkenaan.
Kini, hadir laporan baharu mengatakan Tencent sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Black Shark dalam terus mengukuhkan portfolio mereka.

Salah satu sebab utama pengambil-alihan adalah dalam mendapatkan kepakaran Black Shark untuk pengeluaran peranti memfokuskan permainan video, terutamanya melibatkan arena realiti-maya. Black Shark juga dijangka akan memenuhkan lagi cita-cita Tencent dalam arena metamesta.
Black Shark sedia terkenal dengan penawaran sejumlah peranti, termasuk untuk pasaran Malaysia. Ia juga mempunyai sedikit pelaburan daripada pihak Xiaomi.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan perkara ini.