Jantung Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Tubuh Manusia Di A.S

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pembedahan organ haiwan ke tubuh manusia hidup sebenar telah berjaya dilakukan oleh doktor dari University of Maryland Medical Center, Amerika Syarikat. Jantung khinzir yang telah diubah genetiknya untuk sesuai digunakan oleh manusia dipindahkan ke tubuh David Bennet (57) yang juga berasal dari Maryland. Encik Bennet memerlukan pemindahan jantung untuk terus hidup tetapi gagal mendapatkan organ manusia maka pembedahan ini dilakukan ke atas beliau kerana tiada alternatif lain.

University of Maryland School of Medicine

Selepas tiga hari menjalani pembedahan sulung xenotransplan pertama dunia, beliau masih hidup dan sihat. Saintis dari beberapa universiti telah memulakan kajian menggunakan organ khinzir sebagai ganti organ manusia sejak 2017 lagi. Khinzir dipilih kerana saiz organ yang sama dengan manusia dan organ boleh diambil selepas khinzir dibesarkan selama enam bulan sahaja. Tempoh menunggu yang lebih pendek berbanding mencari organ manusia yang sesuai.

University of Maryland School of Medicine

Pada Oktober 2021, ginjal khinzir berjaya dipindahkan ke tubuh seorang penerima yang disahkan mengalami kematian otak. Selepas 54 jam, ginjal tersebut ditanggalkan tetapi menunjukkan ia berjaya mengembalikan fungsi renal pada penerima. Doktor akan memantau kesihatan David Bennet selepas ini untuk melihat sejauh mana kesesuaian jantung khinzir ini dengan tubuh beliau.

Di Malaysia ribuan pesakit menanti organ untuk didermakan dan ada yang meninggal dunia sebelum penderma sesuai ditemukan. Penggunaan organ khinzir sebagai ganti pastinya menjadi isu yang hangat didebatkan. Tetapi sekiranya diberikan pilihan meninggal dunia atau menerima organ khinzir sebagai gantian, saya tahu yang mana satu akan dipilih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami