Selepas Meta ditempelak oleh pengguna kerana dikatakan menggunakan data pengguna WhatsApp bagi tujuan pengiklanan, wujud pergerakan untuk berhenti menggunakan aplikasi dan menggunakan aplikasi pemesejan alternatif. Signal dan Telegram adalah dua aplikasi yang menjadi pilihan ramai. Menarik sekali hari ini Brian Ancton yang merupakan salah seorang pengasas WhatsApp telah dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif sementara Signal.
Ancton menggantikan Moxie Marlinspike yang juga merupakan salah seorang pengasas Signal. Selepas berundur Moxie akan terus menjadi ahli lembaga pengarah syarikat. Pelantikan Ancton adalah menarik kerana penglibatan beliau dalam WhatsApp yang merupakan pesaing. Ancton sendiri meninggalkan WhatsApp selepas tidak bersetuju dengan Zuckberg yang ingin meletakkan iklan dalam aplikasi. Beliau turut pernah menggesa pengguna Facebook untuk memadam aplikasi.
Sumber Signal