Cari @ Amanz

Satu lagi aksesori audio Apple dihentikan penjualannya dan kini tiba pula giliran Beats Pill Plus. Pembesar suara bluetooth mudah alih ini tidak lagi disenaraikan oleh Apple di laman web mereka dan juga Beats. Beats telah menawarkan Beats Pill sejak 2012 dan kaki terakhir ia dikemaskini adalah pada tahun 2015.

Sejak diambil alih oleh Apple, kekerapan produk Beats dikemaskini semakin jarang dilakukan. Sebelum ini kedengaran ura-ura jenama ingin dimatikan bagi memberi laluan kepada jenama audio Apple sendiri seperti AirPods dan HomePod. Bercakap mengenai HomePod, Apple sendiri menghentikan pengeluaran speaker pintar ini dan hanya menggantikannya dengan versi mini.

Ketika di zaman kemuncak Beats, Beats Pill kerap dipaparkan dalam video muzik artis terkemuka di bawah lebel Interscope seperti Lady Gaga kerana ia adalah strategi pemasaran Jimmy Iovine. Ioivine ialah pengasas Beats bersama dengan Dr Dre.

Sumber 9to5Mac

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd