Xiaomi Sedang Mengumpul Dana Untuk Tetikus Gaming Baharu – Xiaomi Gaming Mouse Lite

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seingat saya, sudah lama Xiaomi tidak begitu aktif dengan produk biayasama. Biasanya hanya jenama luar yang menggunakan platform mereka untuk mengumpul dana. Baru-baru ini, Xiaomi dilihat sedang mengumpul dana untuk satu produk gaming baharu – iaitu tetikus.

Tetikus ini adalah Xiaomi Gaming Mouse Lite, yang mempunyai berat hanya 72 gram. Untuk setiap butang pada tetikus ini, iaitu dua yang utama dan tambahan pada sisi dibina daripada suis emas gerakan-mikro anti-habuk yang menjamin 80 juta kali klik.

Menarik juga yang Xiaomi turut memberi sokongan perlindungan daripada air tahap IP57. Untuk sensor optikal di bawah, Xiaomi menggunakan sensor Pixart 3327 dengan sokongan sehingga 6200 DPI. Tetikus ini turut menyokong pergerakan dengan kelajuan 220-inci per saat. Ia adalah tetikus berwayar dengan masa maklum balas 1ms dan turut menggunakan cip 32-bit ARM – NXP untuk menguasakan tetikus ini.

Disebabkan ia adalah aksesori gaming, Xiaomi turut tidak terlupa dengan jalur lampu RGB di bawah depan. Harga jualan Xiaomi Gaming Mouse Lite ini adalah 129 Yuan, iaitu sekitar RM85 sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami