Selagi teknologi dan internet digunakan dengan meluas, selagi itulah akan ada individu atau kumpulan yang akan mahu cuba untuk mencari kelemahan dalam sistem-sistem digital untuk mendapatkan maklumat yang boleh digunakan dan dijual kepada pembida tertinggi.
Kaspersky Labs, syarikat keselamatan digital terkemuka baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang cukup menarik mengenai landskap keselamatan digital untuk negara-negara Asia Tenggara. Tahun 2020 dan 2021 memperlihatkan penggodam menyerang syarikat-syarikat telekomunikasi, bank dan sebagainya melalui serangan perisian tebusan, dimana data syarikat dikunci dan dicuri, dan syarikat-syarikat ini akan dipaksa untuk membayar wang tebusan untuk mendapatkan kembali data-data tersebut.
Vitaly Kamluk, Pengarah Global Research & Analysis Team Asia Tenggara mengatakan bahawa walaupun serangan perisian tebusan dilihat banyak berlaku pada tahun 2020 dan 2021, pihak berkuasa dilihat telah berjaya sejumlah besar kumpulan-kumpulan terlibat, atau sekurang-kurangnya melumpuhkan operasi penggodam-penggodam ini.
Asia Tenggara dilihat rumah kepada kumpulan pemilik kriptowang dan NFT yang cukup tinggi sekali. Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah lima negara yang dilihat memiliki sejumlah besar aset NFT, dan pihak Kaspersky menjangkakan bahawa pada tahun ini, serangan keatas institusi pemilikan kriptowang dan NFT akan menjadi jauh lebih pesat, menggunakan pelbagai cara seperti kejuruteran sosial, kerentanan perisian dan sebagainya.
Bercakap mengenai kejuruteraan sosial, ini adalah satu lagi vektor serangan godaman yang dilihat akan meningkat pada tahun ini. Ini adalah berdasarkan laporan yang dilihat oleh Kaspersky daripada pihak polis Singapura, yang memperlihatkan peningkatan 18 peratus dan 108 peratus pada tahun 2021 dan 2020 berbanding tahun-tahun sebelumnya.
`Jumlah ini dianggarkan berdasarkan kes-kes penipuan kewangan yang dilaporkan oleh rakyat Singapura yang terkesan akibat panggilan penipuan sepanjang tahun-tahun ini.
Thailand mencatatkan 40,000 mangsa penipuan kewangan pada tahun 2021, yang mana mangsa-mangsa penipuan ini dilihat memberi wang simpanan ataupun butiran kad kredit secara tidak sengaja, menyebabkan akaun bank mereka menjadi kosong, dan penerimaan bil penggunaan kad kredit yang tidak masuk akal.
Ia dinasihatkan untuk anda yang memiliki NFT untuk mengaktifkan pengesahan dwi-faktor jika ia ada pada laman NFT yang anda gunakan, dan untuk tidak melayan mana-mana nombor rawak yang memanggil anda untuk meminta wang.