Sebanyak RM100 Bilion NFT Terjual Sepanjang Tahun 2021 – DappRadar

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Diantara topik yang paling hangat diperlihatkan dan diperkatakan pada tahun lepas ialah mengenai NFT, ataupun Non-Fungible Tokens. Secara ringkasnya NFT merujuk kepada bukti pemilikan sebuah aset digital yang mana maklumat mengenainya disimpan didalam rantaian blok.

DappRadar, sebuah syarikat penyelidikan pasaran dilihat telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai jual-beli NFT secara global, dan merakamkan butiran daripada 10 jenis rantaian blok yang berbeza dan mengatakan bahawa jumlah jualan NFT pada tahun 2021 sahaja dilihat mencecah $25 bilion ataupun sekitar RM100 bilion.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak sekali, apabila DappRadar juga memperlihatkan jumlah jualan NFT pada tahun 2020 hanyalah sekitar $94.9 juta, ataupun sekitar RM400 juta. Ini mungkin mengejutkan, tetapi apabila difikirkan kembali kepada jumlah jualan NFT berprofil tinggi seperti kod sumber internet oleh Tim Berners-Lee, ciapan pertama Jack Dorsey dan sebagainya, ia boleh dilihat sebagai sesuatu yang masuk akal.

Red Giants NFT

Jenama-jenama gergasi FMCG seperti Coca Cola, Adidas, malah secara tempatan, Selangor FC dan juga ahli politik dilihat memasuki arena NFT dengan penawaran mereka sendiri. Malah, Pentas.io, platform perdagangan NFT tempatan memperlihatkan kadar muat-naik hampir 1000 NFT setiap hari pada tahun lepas.

NFT dilihat akan terus menjadi topik perbualan hangat pada tahun ini, khususnya apabila ia dijangka akan menjadi sasaran terbaru pihak penggodam yang akan cuba untuk mengeksploitasi komuniti ini rata-ratanya apabila nilai harta digital ini dilihat semakin meningkat.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami