OnePlus 10 Pro Dilancarkan Di China – Snapdragon 8 Gen 1 Bersama Kamera Hasselblad, Pengecasan SuperVOOC

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus hari ini telah melancarkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 10 Pro.

OnePlus 10 Pro hadir dengan skrin 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang terbaru, memori sehingga 12GB LPDDR5 RAM, dan storan 256GB UFS 3.1.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 5000mAh yang turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas Oppo SuperVOOC berkelajuan 80W. Bateri dilihat boleh dicas penuh dalam masa hanya 32 minit sahaja. Selain itu, OnePlus turut menyertakan sokongan pengecasan berbalik bersama dengan peranti ini.

Pada OnePlus 10 Pro juga, pihak OnePlus meneruskan kerjasama dengan Hasselblad, dan menyertakan kamera Hasselblad generasi kedua. Tri-kamera belakang disertakan dengan sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 50MP dan sensor telefoto 8MP. Untuk swafoto, sensor 32MP disertakan.

Di China, OnePlus 10 Pro dilancarkan dengan menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. Versi global dilihat akan hadir dengan OxygenOS 12. Ia tidak diketahui lagi bilakah versi global untuk OnePlus 10 Pro akan dilancarkan. Di China, ia ditawarkan pada harga bermula RMB4699, iaitu RM3094 mengikut kadar tukaran semasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami