Sony Hadir Dengan Produk Audio XM4 Edisi Spiderman
January 11, 2022
Sony
Aman
Sony sedia terkenal dengan penawaran produk audio XM4 yang hadir dalam variasi nirwayar dan juga fon kepala. Terbaru, Sony turut memperkembangkan ia, dan telah hadir dengan edisi terhad Spiderman – khusus di pasaran Jepun.

Dengan penawaran ini, Sony menawarkan WH-1000XM4 dan juga WF-1000XM4 dalam edisi Spiderman. Ia menambah lakaran tema Spiderman pada produk audio berkenaan – khusus untuk peminat tegar siri adiwira tersebut selari pengenalan filem berkenaan baru-baru ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Sony akan turut menawarkan produk audio edisi Spiderman ini untuk pasaran Malaysia atau tidak.