Android 13 Akan Memudahkan Anda Pindahkan Fail Atau Media Dengan Hanya “Tap”

Diterbitkan pada Jan 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun ini, Google akan memperkenalkan Android 13 sekitar bulan September atau Oktober kelak. Selari dengannya, fungsi-fungsi baru untuknya kini dilihat telah mula dibangunkan.

Mengikut laporan baharu, Google dilihat akan menambah ciri “Tap-To-Transfer” melalui Android 13 kelak, sekaligus memudahkan fail dan media dipindahkan dengaan semudah menyentuh peranti lain.

Dengan ciri ini, ia dilihat akan memudahkan pengguna mlakukan sejumlah perkara – termasuk seperti memainkan lagu ke speaker.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan ciri ini masih tidak diketahui lagi. Terdapat kemungkinan ia menggunakan NFC, atau mungkin juga beberapa alternatif yang lain.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembaangan ciri ini dalam bulan-bulan akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami