Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kini sekali lagi mengatakan yang mana sijil vaksinasi yang dimuatkan dalam MySejahtera tidak boleh dipalsukan, kerana menggunakan teknologi rantaian-blok yang mengelak ia boleh disalin dan diulang-cetak.
Namun, pemalsuan sijil vaksinasi hanya boleh timbul sekiranya pihak pengendali vaksinasi yang menyalah-gunakan kuasa dalam hal pemberlian sijil berkenaan.
Menteri MOSTI menyentuh berkenaan dengannya disebabkan oleh kes yang berlaku baru-baru ini melibatkan penahanan seorang doktor yang dipercayai menawarkan sijil suntikan vaksin Covid-19. Kes berkenaan kini telah diserahkan kepada polis untuk siasatan, dan ia dijangka menjurus kepada masalah integriti.