Cari @ Amanz

Sepertinya 10 tahun lepas, tidak banyak telefon pintar memfokuskan kepada prestasi fotografi. Hanya dalam beberapa tahun ini fotografi menjadi satu fokus pemilihan peranti, dan pelbagai pengeluar mula memberikan fokus untuknya. 

Justeru pelbagai jenama berebut mendapatkan tempat tertinggi dalam pemarkahan DXOmark namun satu sahaja jenama yang sentiasa menjadi raja, iaitu HUAWEI. Kini dengan HUAWEI P50 Pro, mereka terus mengungguli carta ini dengan kamera yang tersendiri.

Kamera Dual-Matrix Yang Merakam Warna Lebih Tepat

Disebalik keunggulan HUAWEI P50 Pro dalam mendapatkan tempat pertama, adalah hasil dari kejuruteraan mereka menghasilkan sistem Kamera Dual-Matrix. Sistem kamera terbaru ini merupakan gabungan pelbagai lensa, sensor 10-channel multi-spectrum, HUAWEI XD Optics, enjin pemprosesan imej kejituan tinggi dan juga enjin imej True-Chroma yang sangat berkebolehan, dan kesemua ini dimuatkan dalam satu telefon pintar yang jauh lebih kecil saiznya dari kamera biasa. 

Berikut merupakan penjelasan untuk setiap komponen kamera Dual-Matrix yang terdapat pada HUAWEI P50 Pro ini. 

Diambil oleh Nuar Yusli IG:@nuar_yusli

Enjin Pengimejan True-Chroma Menghasilkan Warna Lebih Tepat

Jika anda seorang penggiat fotografi anda tentunya tahu mengenail Warm Color dan Cool Color. Dan pada telefon ini, sistem Kamera Dual-Matrix ini terdiri dari dua lensa, iaitu kamera True-Chroma (Color) dan kamera True-Chroma (Monochrome), serta sensor multi-spectrum color temperature. 

Malah dengan fungsi ini, ia memberikan ‘dynamic range’ yang lebih luas, memberikan spektrum warna yang pelbagai yang boleh dicerna oleh mata pengguna. Sebagai contoh jika gincu mempunyai pelbagai jenis warna merah, HUAWEI P50 Pro ini mempunyai julat warna yang mampu merakam warna paling tepat untuknya. 

Inovasi Disebalik HUAWEI XD Optics

Seterusnya adalah bagaimana manfaat kecerdasan buatan, dibawa masuk kedalam dunia fotografi mudah-alih. HUAWEI XD Optics yang buat kali pertamanya diperkenalkan pada HUAWEI P50 Pro, menjanjikan imej yang lebih baik sehingga 25% hasil kecerdasan buatan.

Diambil oleh Nuar Yusli IG:@nuar_yusli

Kecerdasan buatan HUAWEI XD Optics ini berinteraksi dengan kesemua lensa, sensor, serta berupaya memberikan hasil analisa yang baik, bergantung kepada persekitaran pengguna. Fungsi ini beroperasi dibelakang tabir, sentiasa menjamin hasil penggambaran yang baik untuk pengguna. 

Teknologi XD Fusion Yang Baik Pada HUAWEI P40, Kini Lebih Baik Pada HUAWEI P50 Pro

Gabungan teknologi ini bersama-sama teknologi HUAWEI XD Optics dan XD Fusion Pro yang dinaiktaraf menghasilkan gambar yang lebih cerah dan jelas, diambil dengan lebih pencahayaan, membolehkan ia lebih jitu dan mengandungi perincian yang tinggi. 

Dari segi warna, kelajuan memfokus, serta penstabilan imej, setiap aspek penting dalam fotografi mudah alih telah ditambah baik, melayakkan takhta DXOMark dimiliki HUAWEI P50 Pro.

Rakaman Video 4K HDR

Melengkapkan dunia fotografi adalah videografi yang mengambil manfaat dari kelengkapan kamera berkuasa tinggi. Malah ia turut dilengkapi dengan XD Fusion HDR, membolehkan rakaman berkualiti tinggi dilakukan.

Anda bukan sahaja boleh merakam video 4K HDR, malah 4K time-lapse turut tersedia, dan penstabilan AIS Pro membolehkan anda merakam video telefoto yang lebih stabil. 

Aplikasi Yang Pelbagai di AppGallery

Semakin hari semakin banyak aplikasi yang menyokong HarmonyOS dan ini terbukti menerusi sokongan jenama dan pembangun dalam menghasilkan aplikasi khusus untuknya yang boleh dimuat-turun menerusi AppGallery. Malah kebanyakan aplikasi popular di Malaysia, turut terdapat di AppGallery.

Anda boleh memuat-turun aplikasi popular seperti AirAsia, Boost, Grab, Tealive, TGV Cinemas, ZUS Coffee dan pelbagai lagi. Dan aplikasi kegunaan harian juga turut tersedia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, MyYES dan juga SOCAR. Pendek kata tiada masalah kekurangan aplikasi sekiranya anda ingin berhijrah terus ke HarmonyOS.


Bersama-sama dengan pelancaran HUAWEI P50 Pro, adalah pengumuman peranti HUAWEI P50 Pocket yang merupakan versi lebih kecil, dengan skrin yang boleh dilipat. 

Rekaannya yang minimalis namun tidak mengurangkan prestasi dan spesifikasi, dimana ia turut menampilkan teknologi kamera yang lengkap dengan kamera True-Chroma 40MP, HUAWEI XD Optics, pemfokusan laser, kamera ultra-sudut-lebar 13MP serta kamera ultra-spektrum 32MP.

HUAWEI P50 Pocket ini akan hadir ke pasaran tempatan bermula 22 Januari ini dan dijual pada harga bermula RM 5,999. Anda juga boleh membeli peranti ini menerusi kedai rasmi HUAWEI, Lazada dan juga Shopee.

Bagi anda yang ingin memilih HUAWEI P50 Pro, anda boleh milikinya bermula hari ini pada harga RM 4,199. Ia turut dijual secara atas talian menerusi kedai rasmi HUAWEI dan juga di Lazada serta Shopee. Anda juga boleh hadir ke kedai HUAWEI Experience Store berhampiran dengan hadiah bernilai sehingga RM 2100, termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro, tawaran menarik pada AppGallery dan banyak lagi.

  • Info
  • Beli HUAWEI P50 Pro: Lazada
  • Info
  • Beli HUAWEI P50 Pro: Shopee

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd