Cari @ Amanz

Pada hari ini, dibeberapa negara, pistol boleh dibeli dengan mudah, dan digunakan sesiapa. Ia masih sukar dikawal sepenuhnya, tetapi perkara berkenaan mungkin berubah tidak lama lagi.

Terbaru, sebuah pistol pintar dibangunkan, yang mana boleh digunakan dan ditembak oleh pengguna yang disahkan sahaja.

Pistol pintar ini diperkenalkan oleh LodeStar Works, menawarkan sebuah pistol 9mm. Ia dikatakan pihak berkuasa di Amerika Syarikat sedang menguji produk berkenaan, dan pistol pintar tersebut dijangka ditawarkan secara komersil pada tahun ini.

Dengan penggunaan pistol pintar, ia sekaligus dijangka akan mengurangkan bunuh diri, kecurian, mahupun mengelak kanak-kanak menggunakannya.

Pistol pintar keluaran LodeStar ini menggunakan pengimbas cap jaari, dan juga cip NFC yang diaktifkan melalui telefon pintar. Sesuatu pistol juga boleh disahkan untuk digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna.

(Sumber : Reuters)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd