Pada hari ini, terdapat beberapa pengguna yang mengambil langkah mengawal perkongsian di Instagram supaya susunan gambar di grid profil kelihatan cantik.
Apa pun, bergerak kehadapan, Instagram dilihat ingin memudahkan proses berkenaan.
Melalui kod pembangunan awal, Instagram dilihat akan membolehkan pengguna untuk susun grid gambar pada profil Instagram – dengan hanya drag-dan-drop.
Selain pengguna umum, ciri ini juga mungkin akan diminati jenama, peniaga, dan kedai yang menggunakan Instagram.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan memperkenalkan ciri ini secara rasmi kepada semua.