Shazam Kini Ditawarkan Untuk Chrome – Memudahkan Anda Cari Tajuk Lagu Terus Pada Komputer

Diterbitkan pada Jan 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shazam merupakan salah satu perkhidmatan milik Apple yang menawarkan ciri pengecaman lagu dan muzik. Ramai menggunakannya dalam melakukan pengecaman sesuatu tajuk lagu untuk di dengar pada kemudian masa.

Selepas ditawarkan dalam bentuk aplikasi mudah-alih, terkini Shazam turut melancarkan pemalam khusus untuk pelayar web Chrome.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh melakukan pemasangan pada pelayar web di desktop, dan seterusnya melakukan pengecaman lagu dengan pantas ketika sedang melayari perkhidmatan penstriman, dalam podsiar, di video YouTube, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam Shazam dari Chrome Web Store hari ini.

Muat-Turun Shazam untuk Chrome

komen


© Amanz / 2022 Kami