Spesifikasi OnePlus 10 Pro Versi Global Adalah Berbeza Dengan Versi China

Diterbitkan pada Jan 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 10 Pro akhirnya dilancarkan semalam. Peranti ini hadir dengan skrin 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang terbaru, memori sehingga 12GB LPDDR5 RAM, dan storan 256GB UFS 3.1. Bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas Oppo SuperVOOC 80W dan bukan lagi Warp Charge. Melengkapkan spesifikasi peranti ini adalah tri-kamera belakang daripada sensor utama 48MP, sensor ultra-lebar 50MP dan sensor telefoto 8MP. Untuk swafoto pula, sensor 32MP disertakan.

Di China peranti ini menjalankan Color OS 12 berasaskan Android 12, pasaran global pula adalah Oxygen OS iaitu versi penjenaman semula sahaja. Terkini, wakil OnePlus di China mengesahkan yang OnePlus 10 Pro di China dan versi yang akan dilancarkan di pasaran global kelak adalah berbeza.

Tidak didedahkan lagi apakah bezanya. Tetapi sejak OnePlus 7 Pro lagi, spesifikasi di antara negara ada yang berbeza. Antara yang mungkin tiada di pasaran global adalah IP68, pengecasan nirwayar, pilhan warna atau mungkin juga variasi storan.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan dan lihat apakah keistimewaan atau kekurangan versi global nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami