Spesifikasi Teknologi Penghantaran Data PCIe 6.0 Diperlihatkan – Dua Kali Ganda Lebih Pantas Berbanding PCIe 5.0

Diterbitkan pada Jan 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Piawaian penghantaran teknologi PCIe 5.0 baru sahaja diperlihatkan bersama-sama pelancaran siri cip pemprosesan dan papan induk Intel Alder Lake, yang kini boleh dikatakan teknologi penghantaran data terpantas setakat ini.

Terkini, PCI-SIG, syarikat pengelola piawaian disebalik teknologi PCIe telah memperlihatkan spesifikasi ringkas mengenai teknologi ini, yang tiba hanya tiga tahun selepas perkara sama berlaku untuk PCIe 5.0 tiga tahun yang lalu.

PCI-SIG mengatakan bahawa dengan PCIe 6.0, kadar data dilihat sepantas 64GT/s (gigatransfer/s), iaitu dua kali ganda lebih pantas berbanding dengan PCIe 5.0. Dalam pengiraan bit/byte, ia hadir dengan kadar penghantaran data sepantas 256GB/s menggunakan jaluran x16 penuh.

Dalam pada itu, piawaian PCIe 6.0 ini juga dilihat akan hadir dengan masa pendam yang lebih rendah, dan penggunaan beberapa teknologi untuk mengurangkan ralat penghantaran data. Bukan itu sahaja, ia dilihat bahawa piawaian PCIe 6.0 ini juga akan hadir dengan sokongan balik untuk peranti-peranti yang memanfaatkan teknologi PCIe sebelumnya.

Apabila dilancarkan di masa hadapan, ia dilihat bahawa teknologi boleh memanfaatkan komputer berprestasi tinggi, pusat data, komputer kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin, automotif dan juga peranti berhubung.

Sumber: PCI-SIG

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami