Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, Microsoft dilihat melancarkan siri terbaru tablet Surface mereka yang hadir dengan beberapa model, termasuklah tablet Surface Go 3 mereka yang hadir dengan tanda harga paling mampu milik.

Hari ini, Microsoft dilihat telah mengemaskini model tersebut dengan penawaran warna peranti Matte Black, yang juga hadir dengan pilihan untuk sokongan sambungan LTE melalui kad SIM yang boleh dimuatkan kedalam tablet ini.

Selain daripada itu, Microsoft Surface Go 3 ini masih hadir dengan penawaran CPU Intel Pentium Gold 6500Y dan Intel Core i3-10100Y. Penawaran sokongan LTE dilihat hanya akan hadir pada model Intel Core i3 tersebut. Seperti tablet Surface yang lain, aksesori Surface Keyboard Cover dan stylus dijual secara berasingan.

Tablet Surface Go 3 sudah mula dijual di pasaran-pasaran Amerika Syarikat dan UK, tetapi setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah variasi tablet ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd