Cari @ Amanz

Seperti yang dijangka, tahun 2022 adalah tahun di mana Huawei akan lebih fokus kepada peranti berhubung dan ekosistem mereka. Sepatutnya untuk peringkat global sejak tahun 2020 lagi, tetapi kemudian pandemik dan ada pula masalah bekalan cip – banyak yang tidak menjadi.

Di acara pelancaran Huawei P50 Pro dan P50 Pocket sebentar tadi, selain mengumumkan harga jualan – Huawei Malaysia turut melancarkan Huawei Eyewear baharu di Malaysia. Ia hadir dengan dua jenis, sama ada segi empat sepera-bingkai atau yang biasa iaitu bingkai penuh. Harga jualannya adalah RM1,099 dan pengguna boleh dapatkannya terus dari kedai atas talian Huawei, Shopee atau Lazada.

Tetapi itu adalah untuk versi biasa, jika pengguna inginkan lensa preskrepsi Huawei Malaysia bekerjasama dengan A-Look dan Seen.

Huawei Eyewear baharu ini hadir dengan mikrofon HD anti bunyi angin, speaker jenis terbuka dan akustik, kawalan gestur, dan turut boleh digunakan bersama Huawei Smart Connection sambungan ke telefon, tablet atau laptop.

Eyewear seperti sebelum ini adalah lebih kepada produk audio yang ada gaya. Cuma dengan penambahan kawalan gestur sentuhan, pengguna boleh menggunakannya untuk kawal kandungan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd