iPad Dengan Panel OLED Mungkin Hanya Hadir Pada 2024

Diterbitkan pada Jan 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini telah diperkatakan mungkin hadir dengan iPad menggunakan panel OLED seawal tahun ini. Namun, mengikut laporan terbaru, Apple dilihat telah membatalkan perancangan berkenaaan.

Apple sedia berbincang dengan pihak Samsung berkenaan dengan panel OLED untuk iPad, namun ia diperkatakan Samsung tidak dapat menawarkan teknologi permintaaan dwi-lapisan skrin yang diinginkan oleh Apple pada harga yang ditetapkan Apple. Pengeluaran panel seumpamanya pada harga yang ditetapkan Apple dilihat akan merugikan Samsung Display.

Namun, proses pengeluaran generasi baharu kelak dijangka akan dapat mencapai perkara berkenaan – namun mungkin perlu nantikan sehingga 2024 kelak.

Selain perancangan ini, Apple juga sedang dalam proses memperluaskan penggunaan panel mikro-LED ke keluarga iPad.

komen


© Amanz / 2022 Kami