Cari @ Amanz

Had Kelajuan 30km/j Dijangka Bakal Diperkenalkan Di Kuala Lumpur Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

DBKL dan MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) kini dalam perbincangan untuk memperkenalkan had kelajuan pada kadar 30km/j di beberapa zon dalam Kuala Lumpur.

MIROS kini dalam peringkat akhir untuk merangka cadangan had kelajuan 30km/j melibatkan di beberapa zon sekitar Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak, MIROS dan DBKL dijangka akan bekerjasama untuk mengenal-pasti jalan raya yang sesuai untuk pewartaan had laju 30km/j.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemanduan dalam kawasan bandar ditetapkan sehingga maksimum 50km/j, dengan pengecualian beberapa kawasan yang diwartakan yang menawarkan kelajuan antara 60km/j ke 80km/j.

MIROS juga ingin merangka agar had laju maksima 30km/j dapat diperkenalkan di semua kawasan perumahan, tidak kira di bandar atau kampung.

Selain had kelajuan, DBKL dan juga MIROS turut berbincang untuk kebolehan perkongsian data dan rekod antara kedua-dua pihak – termasuk melibatkan rakaman CCTV berkenaan kesalahan jalan-raya yang berlaku di Kuala Lumpur.


Komen ()