Carian
Canalys – Pasaran Komputer Peribadi Meningkat Hampir 15% Sepanjang 2021
January 13, 2022 Effi Saharudin

Canalys menerbitkan laporan terkini mereka mengenai pasaran komputer peribadi dan ia menunjukkan perkembangan 14.8% sepanjang 2021 berbanding 2020. Lenovo memegang pasaran terbesar dengan 23.5% diikuti pula oleh HP (21.2%), Dell (17.%), Apple (8.%) dan Acer (6.9%).

Data mengambil kiri jualan komputer desktop, komputer riba dan komputer kerja sepanjang 2021. Secara keseluruhan Apple menunjukkan peningkatan pengeluar tertinggi 22.1% berbanding 2020 diikuti oleh Dell (17.9%) dan Acer (14%).

Jelas sekali keputusan Apple untuk menggunakan cip Apple Silicon rekaan sendiri membuahkan hasil. Isu kekurangan cip tidak meninggalkan impak yang besar tetapi keperluan untuk komputer peribadi kerana Covid-19 berjaya memacu perkembangan pasaran.

Komen